Bila lapar je, mula la nak jadi ‘singa’…Kenapa agaknya?

Bila lapar, mula lah rasa nak ‘menyinga’. Iyalah, perut tengah berbunyi-bunyi, pasti la tak selesa nak buat kerja kan?

Agaknya kenapa hal ini terjadi ya?

1) Rasa lapar dapat mengubah emosi menjadi marah & stress. Perlu tahu makanan adalah sumber tenaga bagi tubuh. Makanan yang masuk dalam badan akan dicerna lalu menjadi glukosa dan kemudian mengalir ke dalam aliran darah bersama nutrisi lain untuk menjadi tenaga. Glukosa adalah makanan utama bagi otak.

2) Bila mula lapar, jumlah nutrisi dan glukosa dalam badan akan menurun. Bila otak tak menerima aliran darah bernutrisi, waktu itu tubuh akan beri ‘signal’.

3) Otak hanya bergantung kepada glukosa untuk terus bekerja. Bila kekurangan energi, lambat lah ia bergerak. Tubuh anda pun mula lah lesi dan tak fokus. Itu yang membuatkan seseorang cepat marah dan beremosi.

4) ‘Signal’ lapar yang dikirim dari otak juga menyumbang pada pelepasan hormon stres adrenalin kortisol yang membuatkan anda jadi lebih marah.

5) Bukan itu saja, otak juga melepaskan hormon ghrelin yang dihasilkan di perut untuk memicu rasa lapar. Namun begitu, ghrelin akan hilang apabila anda mula makan.

So guys, jangan tahan-tahan bila lapar, nanti bila dah naik angin, semua kerja pun tak jalan.

Sediakan makanan dalam bag atau poket anda. Sepaket Chocodap’s bakal mengubah hari anda, tak perlu lagi marah-marah ok?

Sumber: https://gempak.com/intrend/kenapa-kita-rasa-nak-marah-apabila-lapar-silap-sikit-habislah-orang-perempuan-lagilah-47101

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment