Cuaca panas dekat luar tu, jaga-jaga kalau nak…

Aduhai, panasnya cuaca kat luar tu 🤒

Nampaknya fenomena El Nina kembali lagi. Makin ramai yang kerap ON-kan penghawa dingin dalam cuaca begini.

Namun jangan khuatir kerana menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan kering atas panas kini masih berada pada tahap biasa.

Akan tetapi, orang awam diingatkan sentiasa minum banyak air dan kurangkan berada di luar rumah untuk mengelakkan dehidrasi.

Bagi yang selalu gunakan air cond di rumah, pastikan ruang dalam rumah tertutup supaya sentiasa sejuk. Bukan saja kekalkan suhu tetapi aircond anda juga tak perlu bekerja keras untuk merendahkan suhu bilik anda.

Bila ia bekerja keras, lebih banyak tenaga digunakan yang mana bil eletrik juga akan meningkat!

Oh ya, untuk pembeli Chocodap’s, jangan letak coklat di ruangan yang terdedah langsung kepada cahaya matahari okay? Nanti cair pula! Simpan di peti sejuk atau ruangan dengan suhu bilik ya.

Sebaik-baiknya simpan coklat di tempat sejuk, kering dan gelap. Persekitaran sejuk yang dimaksudkan adalah pada suhu 60-70 Fahrenheit atau 15-20 Celsius. Ini kerana coklat mempunyai takat lebur yang rendah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment