UBAH HIDUP! Suami diberhenti kerja, Kak Osana atur langkah demi…

Mempunyai pekerjaan tetap bukan alasan untuk seseorang berhenti berusaha keluar daripada zon selesa.

Berkhidmat sebagai guru sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Puan Rohana Jusoh mengaku terkejut melihat perubahan pada dirinya selepas menyertai Chocodap’s.

“Saya dibesarkan dalam bukan keluarga berada. Segalanya perlukan usaha untuk dapatkan apa yang saya ada pada hari ini.

“Walaupun ada kerja hakiki saya tetap berusaha buat sesuatu untuk bantu keluarga terutama selepas suami diberhentikan kerja beberapa tahun lalu,” kata Rohana memulakan cerita.

Puan Rohana atau lebih mesra dipanggil Kak Osana memberitahu idea membuka butik coklat di Kemaman datang daripada suaminya, Encik Oslan.

“Sebelum bekerja sendiri, suami bekerja di salah sebuah syarikat Oil & Gas. Tetapi selepas diberhentikan, semuanya berubah.

“Kami mula memikirkan sesuatu agar masa depan lebih terjamin. Saya pernah menyuarakan hasrat untuk jual coklat. Mujur suami juga setuju ketika itu,” katanya.

Kongsi Puan Osana, dia bersyukur sambutan diterima sangat mengejutkan ketika di awal menyertai Chocodap’s.

“Dalam hati saya kata tak boleh jadi ni, respon sangat baik. Saya bertanya suami bagaimana untuk kembangkan bisnes sedia ada.

“Suami mencadangkan untuk kami membuka butik coklat di Kemaman. Rasa nak menangis dengar idea daripada suami. Bukan apa…terharu sebab dia macam tahu impian selama ini nak ada kedai sendiri,” katanya sebak.

Tarikh 31 Ogos 2019 menjadi hari istimewa bagi wanita berusia 47 tahun ini apabila butik coklat premium mula beroperasi.

“Kecil sahaja kedai yang disewa tetapi cukup untuk letak stok coklat yang ada. Suami memang seharian ada di kedai.

“Pulang dari mengajar di sekolah saya akan singgah di butik untuk fokus perniagaan pula.

“Setahun kemudian iaitu pada 1 September 2020, saya dan suami mengadakan majlis perasmian santai yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan. Lebih istimewa, guru besar sekolah tempat saya mengajar juga turut hadir,” katanya penuh syukur.

Tambahnya, apa yang lebih membanggakan dia berjaya mengubah suai butik coklat dengan menggunakan wang hasil jualan coklat.

“Jujurnya saya langsung tak sentuh duit gaji untuk ubah suai butik coklat agar lebih selesa dan sedap mata memandang.

“Sekitar RM10,000 digunakan untuk mencantikkan butik kami. Alhamdulillah, sejak mula dibuka sambutan diterima amat baik sekali.

“Macam-macam coklat ada di butik ini. Semua dari Chocodap’s. Penduduk Kemaman tak perlu travel jauh-jauh sampai Langkawi untuk dapatkan coklat sedap, semua ada di sini,” katanya tertawa.

Sebelum menamatkan perbualan, kak Osana berpesan kepada bakal usahawan di luar sana terutama anak-anak muda agar meletak kebergantungan kepada Allah SWT sebelum membuat keputusan.

“Mohon Allah SWT bantu jika kita was-was. Mohon Allah permudahkan urusan perniagaan agar lancar dan berjaya.

“Untuk jadi orang berjaya kita perlu berada di persekitaran orang-orang positif. Trust the process. Jangan letak harapan hari ini mula bisnes, hari ini juga buat keuntungan,” katanya.

Dalam masa sama, Kak Osana turut berkongsi rahsia kejayaan iaitu memperbanyakkan sedekah.

“Biasakan memberi, bila kita rajin memberi percayalah Allah SWT akan ganti lebih lagi,” akhirinya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment