‘Ada masa depan ke jual coklat?’- Ini kisah kami

‘Ada masa depan ke kalau kerja jual coklat?’

Itu antara soalan ‘pedas’ yang kerap dituju kepada pasangan suami isteri ini selepas nekad meninggalkan kerjaya tetap untuk mencuba sesuatu yang belum menjamin masa depan.

JUAL COKLAT! Ya JUAL COKLAT!

Kata mereka, ‘Bisnes ini AKAN ubah nasib hidup di masa akan datang,

Mungkin ada atau ramai memilih untuk duduk di zon selesa dengan bekerja tetap. Tetapi bagi pasangan Encik Farhan Zainuddin dan isteri, Puan May Sarah Nadiah, tindakan melepaskan kerjaya yang menjanjikan pendapatan tetap meninggalkan 1001 persoalan di fikiran keluarga dan teman rapat.

Berbekal pengalaman melihat kesungguhan ibu-bapa berniaga sejak kecil, May Sarah atau mesra disapa Ticer Sarah memulakan langkah menimba ilmu perniagaan.

“Berbekal imu saya mula jatuh hati dengan dunia bisnes. Mujur dikurniakan suami yang ada minat sama,” jelas ibu tiga anak ini.

2015-2016: Cabaran sebelum ke puncak

Tak mudah bergelar usahawan ketika anak masih bertatih. Bayangkan, selepas selesai uruskan si kecil, barulah ada masa untuk fokus dengan tempahan coklat. Phew ‘minta nyawa’ waktu ni!

Dapat lelap pukul 1 pagi dikira bernasib baik. Tetapi tidak pernah sekali pun pasangan ini merungut malah bersyukur dengan kesempatan dan pengalaman dipinjamkan Allah SWT.

Bayangkan dari urusan pemasaran, layan tempahan pelanggan dan ejen semuanya perlu dilakukan berdua. Ada yang tanya, kenapa tak dapatkan pekerja untuk membantu? Masa itu BELUM MAMPU. Orang kata…bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian, tak begitu?

2017: Pelangi selepas hujan

Pasangan suami isteri ini mula berpindah keluar ke kediaman sendiri. Jika sebelum ini tinggal bersama mertua, akhirnya mereka nekad mahu berdikari.

Ketika itu, Ticer Sarah dan Encik Farhan memilih mendiami rumah sesuai dengan bajet iaitu pangsapuri kos sederhana.

Bayangkan dengan permintaan semakin banyak, hanya empat tangan yang mengurus segala. Akhirnya, Encik Farhan nekad melepaskan kerjaya lama untuk fokus dalam bisnes sepenuh masa. Kerja ‘gila’, YA…gila untuk UBAH NASIB! Kalau bukan kita yang ubah, siapa lagi kan?

Tahun 2017 menyaksikan perjalanan bisnes mereka seakan roller coaster. Ruang dalam rumah tidak lagi dapat menampung menyimpan stok coklat. Mujur adik sudi bantu pinjamkan ruang di butiknya buat sementara.

Dalam masa sama, lebih ramai mendaftar untuk menyertai sebagai ejen sah dan syarikat mula membuka pintu kepada pekerja pertama menyertai syarikat. Syukur Allah SWT bantu!

Rumah ke gudang ni?

Setiap kali masuk ke dalam rumah, pasangan ini adakala buntu, ‘mana aku nak lalu?’. Maklum saja, hampir separuh ruang rumah sudah diambil alih timbunan kotak.

Lebih runsing bila dapat soalan, ‘Boleh tak kami datang rumah?’. Aduh, mana tetamu nak duduk sedangkan mereka yang tinggal dalam ini pun buntu nak cari tempat laluan.

Aaahh, tak apalah. Semua ini sementara kan? Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah!

Oleh kerana rumah tidak lagi mampu menampung kapasiti kotak coklat, Encik Farhan dan Ticer Sarah mengambil keputusan untuk PINDAH LAGI!

What? Pindah lagi?

AKHIRNYA, coklat yang dianggar sekitar 1 TAN berjaya dipindahkan ke rumah kedai yang terletak di Ampang sekaligus dijadikan gudang pertama. Syukur Allah bantu lagi!

Selepas setahun berpindah, pasangan ini membuat keputusan untuk menambah premis sedia ada kerana ruang penyimpanan stok masih tidak mencukupi.

2019: Tahun cemerlang

Tahun 2019 menjadi titik tolak permulaan kejayaan apabila Ticer Sarah akhirnya melepaskan jawatan sebagai guru. Pengorbanan terbesar dilakukan untuk UBAH HIDUP.

Bermulalah kehidupan mereka sebagai usahawan sepenuh masa yang menyaksikan fasa paling genting bagi pasangan ini. Sesi jelajah bertemu para ejen di seluruh Malaysia dilakukan secara konsisten.

Wajah Encik Farhan Zainuddin dan Ticer Sarah mula menghiasi dada akhbar dan televisyen. Pernah muncul dalam segmen khas di program televisyen antaranya Nona TV3, Selamat Pagi Malaysia RTM & Bernama, kejayaan pasangan ini mula mendapat perhatian.

Pada masa ini, syarikat mempunyai lebih 3000 ejen berdaftar dan turut dibantu oleh 38 kakitangan yang cukup komited.

Bukan senang nak senang dan bukan susah untuk jadi susah, semuanya ada di tangan masing-masing.

Dari orang biasa menjadi luar biasa, ini kisah mereka yang bermula dari bilik kecil sampai ke gudang. Malah, cawangan gudang penyimpanan stok kedua juga sudah mula beroperasi di Sendayan, Negeri Sembilan.

Jutaan tahniah buat Encik Farhan Zainuddin & Pn May Sarah Nadiah yang berjaya mengemudi empayar coklat, Chocodap’s sehingga ke hari ini. Six years and still going strong, Alhamdulillah!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment