LUAR BIASA! Ada ijazah bukan alasan MALU buat ‘direct selling’

Siapa sangka jika dulu pendapatan bulanannya hanya sekitar RM1800 kini mencecah sehingga lima angka. Hebat bukan?

Bagi pemilik nama Badrul Nizam Bin Hassan, dia tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya lama demi mengejar impian sebagai usahawan coklat.

“Jujur saya cakap kadang-kadang tak percaya bila tengok hasil pendapatan sendiri. Kalau dulu paling tinggi saya hanya boleh dapat RM4000 sekarang hasil perniagaan saya mencecah tujuh kali ganda.

“Syukur Alhamdulillah segala lelah berniaga ternyata berbaloi. Saya seronok berniaga produk coklat di bawah jenama Chocodap’s,” kongsinya.

Tambah jejaka berusia 29 ini, hasil berniaga coklat dia dapat mengumpul duit persiapan majlis perkahwinan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Kalau dulu nak beri mak ayah pun tak berapa nak cukup, itu tak termasuk nak kumpul duit kahwin.

“Syukur Allah SWT permudahkan urusan saya untuk pemberian kepada ibu-bapa dan persiapan perkahwinan. Berapa angka itu tak penting tapi syukur cukup serba serbi,” katanya yang berpeluang menghadiahkan ibunya barang emas selepas sertai Chocodap’s.

Badrul Nizam yang mesra dipanggil Bad ini mula melibatkan diri dalam bisnes Chocodap’s sejak Ogos 2019 dengan modal tiga angka sahaja.

“Siapa sangka modal tiga angka, pulangan lima angka. Memang seronok tak terkata.

“Saya bermula dari bawah iaitu di peringkat dropship. Sebelum ini saya pernah menjual produk kosmetik dan tudung juga sebagai dropship. Tetapi saya dapat rasai perbezaan selepas sertai Chocodap’s

“Ticer dan Tuan Farhan tidak pernah berhenti beri sokongan moral dan ilmu untuk saya perbaiki skill berniaga dari masa ke semasa,” katanya yang berterima kasih kepada pengasas dan CEO Chocodap’s.

Dalam pada itu, bekas graduan dalam bidang pertanian dan penternakan ini berharap lebih ramai anak muda di luar sana bergelar usahawan.

“Saya memiliki ijazah tetapi itu tidak menjadi alasan untuk malu buat direct selling. Sebelum ini, saya aktif berniaga ketika di kampus. Dapat juga tambah duit poket setiap bulan.

“Arwah datuk juga seorang peniaga kuih. Sejak kecil saya selalu tengok dia berniaga dan sejak itu mula timbul minat untuk mengikut jejak langkah arwah.

“Lepas tamat zaman persekolahan, saya pernah berniaga di pasar malam. Tidak pernah timbul rasa malu untuk berjumpa orang ramai dan menjual barang,” katanya.

Sementara itu, Bad juga berkongsi rahsia kejayaanya yang boleh diamalkan oleh anak muda di luar sana.

“Jangan kedekut untuk sedekah, jangan lokek kongsi ilmu dan jangan culas bayar zakat perniagaan. Insha Allah akan nampak hasilnya. Jangan berhenti ‘gali’ ilmu secara konsisten. Ini semua tips asas untuk berjaya dalam bisnes. Doakan saya juga ya,” akhiri Bad.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment