‘Hidup ada turun naik…trust the process’

Siapa sangka dari berniaga di rumah secara part time, dari tak dikenali, sekarang dah berpeluang masuk TV, surat khabar dan bakal ada muka kami di Billboard tak lama lagi. Nantikan juga suara ticer di corong radio pula…aumss…sekarang ni dengar jingle jer kan😁

Ini semua bukan kerja satu dua hari, satu dua bulan, satu dua tahun, tapi sekarang dah tahun keenam.

SABAR DENGAN DUGAAN & CABARAN
TRUST THE PROCESS
CONSISTENT BUAT SAMPAI JADI

Dalam bisnes ada fasa turun naik, kalau terus naik jer, mungkin kita akan jadi manusia yang lupa daratan dan tak berpijak di bumi yang nyata. Tapi ujian yang ALLAH bagi untuk kita belajar dan sentiasa berusaha improve diri dan buat sehabis baik.

Hidup takkan berubah kalau kita tak usaha langsung untuk berubah. Duit takkan turun dari langit dengan hanya menadah tangan tanpa ada sebarang tindakan. ALLAH ITU MAHA ADIL. Siapa yang berusaha pasti dapat hasilnya.

Yakin dengan janji Allah itu pasti, selagi kita berada di jalan yang betul, pastikan Allah akan bantu kita. Jangan kita menyakiti orang lain, kalau kita disakiti serahkan segalanya pada yang Maha Kuasa untuk mengadili.

Sekadar coretan buat inspirasi,

Ticer Sarah
Founder Chocodap’s
Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Chocodaps

ChocoRus

LahirkanJutawanChocodaps

RoadTo100King2021

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment