Elak coklat bau ‘tengik’, ini tipsnya!

Jarang kita dengar orang tak suka makan coklat, rata-rata pasti jatuh cinta dengan keenakan coklat kan❓

Coklat disebut sebagai makanan ‘mewah’ dan ada yang dijual dengan harga yang tak terjangkau dek fikiran.

Bila dah berbelanja banyak untuk coklat pasti lah kena simpan elok-elok kan supaya tak cepat cair. Rugi kalau dibiarkan coklat cair begitu saja❕

1) Simpan di tempat suhu rendah.

Sebaiknya, simpan coklat di lokasi dengan suhu bilik sekitar 15-21 darjah celcius agar coklat tidak cepat meleleh. Kalau nak tahan lama lagi, simpan dalam peti ais. Namun sebelum masukkan dalam peti, sebaiknya bungkus coklat dalam plastik dalam keadaan kemas agar tidak terkena wap air.

2) Jauhkan coklat dari sinaran matahari.

Jangan letak coklat tepat di bawah pancaran sinar matahari. Memang meleleh lah jawabnya. Sebaiknya simpan di tempat tertutup yang tidak terkena sinar matahari. Bukan hanya meleleh, coklat yang diletak di bawah sinar matahri mungkin akan berbau ‘tengik’!

3) Letak di tempat kering dan bersih.

Selain menjauhkan dari tempat yang terkena sinar matahari, coklat perlu disimpan di tempat yang tidak terlalu lembab atau basah. Cokelat yang disimpan di tempat terlalu lembab akan memudahkannya ditumbuhi kulat. Coklat yang terdedah kepada air akan menyebabkan kualitinya merosot bahkan rosak.

4) Jauhkan dari benda berbau.

Usahakan untuk menyimpan coklat jauh dari makanan atau benda yang berbau ‘menyengat’. Ini harus dilakukan agar coklat tidak terdedah dengan bau kurang menyenangkan. Ketika coklat terdedah dengan bau kurang enak daripada makanan atau benda lain, ia akan membuatkan rasa dan aroma coklat itu turut berubah.

Itu serba sedikit ringkasan tips yang kami boleh kongsikan agar coklat di rumah anda tidak terjejas dari segi kualiti dan rupa. Semoga bermanfaat!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment