Jual coklat ketika dalam pantang, ‘Mak Dukun’ gigil tengok…

“ Walaupun dalam tempoh berpantang saya perlu memikirkan sesuatu untuk mendatangkan income,” demikian kata Nurazrah Hanem berkongsi kisah bagaiman permulaanya sebagai ejen Chocodap’s.

Ibu kepada dua orang anak ini memulakan bisnes coklat selepas jatuh cinta dengan keunikan rasa Chocodap’s.

“ Dua tahun lalu ketika saya sedang berpantang anak kedua, saya mengidam nak makan coklat.

“ Punyalah mengidam lalu saya pun beli sepaket. Selepas makan saya kata ‘eh boleh tahan sedap coklat ini’. Dari situ saya mula ‘merisik’,” katanya tertawa.

Wanita yang dikenali sebagai Mak Dukun ini juga memberitahu dia memulakan bisnes coklat sebagai dropship pada 12 Februari 2019.

“ Terkejut selepas tiga hari bekerja sebagai dropship, sales mencecah seratus lebih sehari.

“ Saya ambil keputusan untuk mendaftar sebagai agent memandangkan respon amat memuaskan. Memang saya sendiri terkejut melihat jualan waktu itu,” katanya.

Bermodalkan RM 395, Mak Dukun mendapatkan stok daripada pihak HQ yang selamat tiba di kediamannya.

“ Memang mudah tak perlu bersusah payah bergerak ke sana sini untuk ambil stok.

“ Saya masih ingat tangan mengigil untuk timbang coklat dan masukkan dalam sealer pack yang disediakan. Memang lucu bila dikenang tetapi momen itu akan sentiasa mekar di ingatan sampai bila-bila,” kongsinya.

Wanita berusia 30 tahun ini tidak pernah menyesal dengan keputusannya bergelar usahawan coklat walaupun pada masa itu masih dalam proses berpantang.

“ Zaman sekarang duit tak turun dari langit. Kalau kita duduk goyang kaki tanpa berusaha memang susah. Tak ada modal nak berniaga bukan alasan untuk mula berbisnes, boleh mula sebagai dropship. Yang penting usaha perlu ada,” katanya.

Tambah mak dukun, secara peribadi dia berpendapat walaupun bergelar suri rumah, sifat produktif perlu ada dalam setiap individu.

“ Dulu saya pernah bekerja, bila saya duduk rumah tanpa berbuat apa, saya rasa useless. Itu pendapat peribadi saya, untuk orang lain saya tidak tahu bagaimana.

“ Daripada duduk rumah asyik tengok televisyen, kenapa tidak gunakan masa yang ada untuk lakukan sesuatu mendatangkan hasil pendapatan,” akhirinya positif.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment