Kanak-kanak lebih stress di musim PKP?

Mengurus anak yang kini melalui proses pembelajaran dari rumah bukan suatu hal mudah. Untuk para ibu-bapa, jangan stress. Tenang-tenang saja kerana semua hal boleh dilalui dengan mudah jika kita lakukan dalam keadaan tenang.

Kalau kita rasa diri ini tertekan dengan keadaan semasa, percayalah kanak-kanak lebih stress daripada orang dewasa sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa.

Sekurang-kurangnya, golongan dewasa masih ada ruang untuk keluar terutama bagi mereka yang bekerja dalam sektor kritikal (essential services).

Ada juga yang berkesempatan untuk keluar tatkala perlu untuk mendapatkan barangan keperluan.

Jika orang dewasa yang masih dibenarkan untuk keluar masih lagi berdepan tekanan psikologi, cuba bayangkan bagaimanan kanak-kanak yang hanya “terperuk” di rumah.

Menurut Pensyarah Psikologi Sosial Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Intan Hashimah Mohd Hashim berkata emosi kanak-kanak terganggu kerana terlalu lama “berkurung” di rumah.

“Mereka juga mungkin berasa tertekan dan bimbang dengan keadaan PKP dan COVID-19 yang tidak menentu.

“Mereka berasa risau kerana rutin harian mereka tergangggu dan bagi mereka yang perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian, mungkin ini adalah sesuatu yang baharu buat mereka dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

“Oleh itu, mereka juga akan menghadapi sedikit sebanyak kesihatan mental,” ujar Dr Intan kepada Astro AWANI.

Cara menjaga kesihatan mental kanak-kanak sepanjang PKP

Dr Intan turut berkata ibu bapa harus memberikan perhatian kepada anak-anak mereka terutamanya memberikan ruang kepada mereka untuk meluahkan perasaan.

“Pastikan anak-anak mempunyai ruang untuk meluahkan perasaan, jika mereka berasa takut merasa bimbang dan risau. Pastikan mereka berpeluang untuk meluahkan perasaan mereka.

“Ibu bapa juga perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dalam hadapi peristiwa PKP dan wabak COVID-19 ini dengan positif,” tambahnya.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya mengambil pendekatan yang berbeza dengan anak-anak mereka dalam berdepan dengan tekanan psikologi ini.

“Jangan lupa, lain anak ada lain caranya berhadapan dengan situasi ini.

“Ibu bapa harus memberikan perhatian dan lihat jika ada anak-anak yang perlu diberikan lebih perhatian,” katanya.

P/s: Makan sedikit coklat sekali-sekala tidak akan memudaratkan anak anda. Malah, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat pekat dan koko dapat memberikan manfaat dari segi kesihatan. Hal ini bermakna, coklat juga memberikan kesan positif kepada kesihatan anak anda. Coklat mampu merangsang emosi kanak-kanak untuk jadi lebih happy, why not dapatkan sepaket Chocodap’s hari ini!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment