Fakta unik tentang coklat yang perlu kamu tahu…

Hello everyone! Untuk semua penggemar coklat di luar sana, jom semak beberapa fakta unik tentang coklat! Sambil makan tu, tak salah tambah ilmu pengetahuan juga kan?

Informasi ini dapat menambah pengetahuan mengenai makanan yang cukup digemari oleh seluruh penduduk dunia. Let’s start!

  1. Coklat merupakan antara penggerak ekonomi yang terbesar di dunia. Sebanyak 600,000 tan biji kakao dihabiskan di seluruh dunia pada setiap tahun.
  2.  Kata ‘Chocolate’ dihasilkan daripada perkataan ‘Cocoa’. Awalnya dieja sebagai ‘Cacao’, namun menjadi ‘Cocoa’ akibat kesalahan mengeja. Opps! Akhirnya perkataan ‘Cocoa’ lebih sering digunakan sehingga sekarang.
  3.  Sebanyak 17,000 pekerja di Belgium terlibat dalam proses pembikinan, penjualan hingga bahagian mempromosi coklat.
  4.  Fakta unik mengenai coklat ialah Phenylethylamine dan Amphetamines adalah stimulan yang terdapat dalam coklat. Dua perangsang ini bakal meningkatkan aktiviti di bahagian otak dan mengawal kemampuan agar selalu fokus dan tetap waspada.
  5. Switzerland adalah negara yang menduduki tangga teratas dengan memiliki rakyat yang ‘pembeli coklat terbanyak di dunia’ manakala Britain menduduki tangga kedua.
  6. Anti-oksidan di dalam coklat menurunkan risiko penyakit jantung. Ini bermaskud dengan mengonsumsi coklat, tahap kesihatan turut terjaga.
  7. Afrika kini mendahului sebagai negara pengeluar Kakao terbesar di dunia, Ghana adalah negara yang menduduki tangga teratas.
  8. Ayat “Death by Chocolate” mungkin terdengar seperti sebuah jenaka, namun kematian kerana coklat memang benar terjadi di Mexico pada abad ke-17. Siapa yang tidak tergoda dengan coklat? Tanpa ragu, seorang uskup (paderi) asal Sepanyol mengambil lalu makan coklat yang ternyata sudah disuntik racun.
  9. Dark Chocolate adalah coklat yang paling pahit sekaligus paling sihat kerana memiliki kadar gula yang rendah berbanding jenis coklat yang lain.

Kredit: http://www.sendokgarpu.com/index.php/articles/food/1791-9-Fakta-Tentang-Coklat

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment