Bosan duduk rumah sepanjang PKP? Jom lakukan aktiviti ini!

PKP dah mula guys di enam buah negeri. Semua okay tak tu dekat rumah? Jangan merayap okay.

Boleh keluar tapi biarlah sekiranya betul ada keperluan. Jangan sebab bosan korang suka-suka start engine dan keluar tanpa hala tuju. Ingat, kita belum menang guys!

Macam-macam perkara yang korang boleh lakukan di rumah untuk hilangkan rasa bosan dan mengisi masa lapang sepanjang PKP ini ya. Antaranya…

1) Memasak

Kalau sebelum ni asyik bungkus atau makan luar, apa salahnya sekarang rajinkan diri masuk dapur dan keluarkan periuk untuk memasak. Jimat belanja, masa pun terluang. Tak tahu nak masak? Boleh belajar di Youtube cara-cara memasak menu kegemaran. Mana lah tahu lepas tamat PKP, masakah korang setaraf chef di hotel!

Credit: NBC news

2) Mengemas rumah

Ini antara aktiviti yang menyihatkan. Sambil mengemas, sambil berpeluh. Maklumlah semua nak dilap, dari tingkap ke rak. Sejuk hati bila duduk dalam rumah yang bersih kan? Cuba tau.

3) Berkebun

Bagi yang tinggal di kawasan landed house, why not sesekali jadi petani moden di rumah sendiri. Tanah sayur atau bunga, lagi sebulan dua pasti nampak hasilnya. Sambil tu boleh ajar anak atau adik beradik kenal dengan jenis tumbuhan yang ditanam.

Credit: www.sciatic-relief.com

4) Hias rumah

Langsir kalau dah bertahun tak ditukar, ini masanya. Karpet kalau lama tak dicuci, korang ada dua minggu untuk kumpul kekuatan dan cuci karpet sampai bersih. Memandangkan kita tidak dapat keluar untuk beli perhiasan rumah, korang boleh cuci mata kedai di atas talian dan pilih mana yang berkenan. Jimat masa dan tenaga untuk dekorasi rumah korang. Pendek kata, berikan wajah baharu sempena PKP kali ini.

5) Berniaga

Nak menjual sesuatu tanpa ‘renyah’ kan rumah? Chocodap’s kan ada. Sertai kami sebagai ejen untuk menjual coklat berkualiti tinggi. Sambil duduk rumah tu, boleh juga buat duit. Asalkan rajin, pasti semua tak mustahil 😉

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment