PKP kembali…Bersediakah kita?

‘Alahai…PKP sambung lagi ke. Macam mana aku nak cari duit ni?’

Pasti ada segelintir daripada anda yang terkesan akibat pandemik yang melanda negara. Mahu atau tidak, rakyat Malaysia terutama di kawasan Penang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah akan kembali duduk rumah selama dua minggu bermula esok (13-26 Januari).

Jangan bersedih sahabat. Setiap apa yang berlaku hari ini pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba Allah harus menerima keadaan ini dengan hati yang redha.

Face it and accept it

Jangan kita cuba kawal benda yang tidak boleh dikawal. Ia adalah tindakan kurang bijak dan hanya menambah tekanan sahaja. Meletakan kebergantungan pada sesuatu yang tidak boleh dikawal sama seperti kita berjudi nasib.

Jadi kita kawal apa yang boleh kita kawal sahaja. Sekurang-kurangnya kita boleh mengawal mindset. Terima kenyataan & keadaan seterusnya start mencari peluang yang ada. Hanya mereka yang sentiasa melihat peluang & mengambil tindakan pantas akan terus berjaya.

Pengasas bersama Chocodap’s, Tuan Farhan Zainuddin

Anda mungkin jutawan coklat seterusnya!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment