Coklat dan seks, apa kaitannya?

Bukan selamanya manusia mampu mengekalkan minat yang sama terhadap seks. Apa lagi bila umur meningkat, stress dan penat bekerja membuatkan kamu jadi ‘malas’.

Tapi tahukah kamu, coklat juga mampu merangsang hormone yang bakal meningkatkan rasa ghairah terhadap pasanganmu. Oh-la-la!

Memetik artikel daripada Daily Express, kajian mendapati coklat dapat meningkatkan pengeluaran hormon phenylethylamine dan serotonin dalam tubuh. Difahamkan, dua hormon ini dapat menaikkan mood anda di ranjang.

Credit: https://www.inuth.com/lifestyle/sex-relationship/dear-boys-its-time-you-get-this-women-prefer-chocolate-over-sex/

Hasil kajian diterbitkan pada tahun 2018 oleh Loma Linda University Adventist Health Sciences Center di California mendapati pengambilan satu atau dua bar coklat mampu mengurangkan stress dalam diri kamu.

Pengambilan dark chocolate juga mampu memberi kesan positif kepada kesihatan minda seterusnya membuatkan kamu lebih bahagia.

Coklat yang mengandungi 70% koko dapat mengurangkan stress serta meningkatkan mood, daya ingatan, perlindungan seterusnya meningkatkan rasa minat kembali untuk beraksi bersama pasangan.

So guys, di mana ada coklat di situ ada bahagia. Sebelum balik rumah nanti, make sure dapatkan satu pek Chocodap’s dulu okay?

Kredit: https://www.theshonet.com/articles/ternyata-makan-coklat-bisa-bikin-gairah-seks-kamu-meningkat

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment