Tahun 2021, apa azam baharu?

Selamat Tahun Baru Chocodianz!

Dah masuk 2021 ni, pasti kalian ada azam baru yang nak dicapai kan? Bercakap tentang azam, kami pasti ramai yang memasang impian untuk lebih sihat pada tahun ini.

Hasrat untuk memiliki berat badan impian boleh diteruskan pada tahun ini asalkan kamu rajin bersenam & jaga pemakanan dengan lebih baik lagi.

Semuanya berbalik kepada diri sendiri ya guys!

1) Kawal pengambilan makanan

Amat penting jika kamu mahu menurunkan berat badan. Amalkan konsep suku suku separuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh buah setiap hari. Jangan memandai cipta rutin pemakanan sendiri. Nak turunkan berat badan perlukan ilmu. Dapatkan konsultasi daripada doktor, pakar pemakanan atau mereka yang arif dalam bidang ini.

2) Fokus, fokus!

Jangan lah asyik makan, tidur dan makan balik lepas itu complain kenapa berat badan tak turun. Itu salah kamu sendiri tau. Cekalkan hati agar terus konsisten untuk dapatkan berat badan ideal. Minuman manis? Elak atau kurangkan ya.

3) Jaga waktu makan

Jangan pula sarapan 11 am, lunch 3 petang. Salah tu ya. Sarapan sebelum jam 9 pagi dan lunch sebelum jam 3 petang. Pastikan ambil makan malam sebelum jam 8 malam. Kalau lapar di tengah malam, boleh kunyah buah-buahan.

4) Banyakkan bergerak

Jangan malas untuk bergerak, bersenam untuk keluar peluh. Tabiat pemakanan yang betul & senaman pasti akan lebih membantu kamu mengurangkan berat badan sebelum akhir tahun ini. Chaiyok!

5) Cari ‘gang’ yang ada misi sama

Rakan yang ada misi sama akan sentiasa ingatkan anda untuk kawal pemakanan dan jangan malas untuk lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Jangan tersasar daripada matlamat sebenar ok?

Sumber: Public Health Malaysia

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment