Betul ke kalau kuat makan coklat, gigi cepat berlubang?

Dulu masa kecil, ibu atau bapa mesti selalu pesan, ‘Jangan makan coklat banyak nanti gigi rosak’

Adakah ini fakta atau auta?

Coklat BUKAN penyebab gigi berlubang. Ini kerana lubang pada gigi terbentuk ketika bakteria di mulut memetabolisme gula dan pati daripada semua jenis makanan untuk menghasilkan asid. Asid ini yang menyebabkan lubang pada gigi. Gigi berlubang disebabkan bakteria yang hidup di dalam mulut.

Bakteria akan meninggalkan ‘sisa-sisa’ karbohidrat pada gigi. Sisa tersebut termasuk makanan manis yang anda makan, seperti gula yang ditemui dalam biskut (cookies), gula-gula, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jangan risau kerana biji kako (coklat) mengandungi anti bakteria yang akan menurunkan kadar gula koko itu sendiri.

Bukan hanya itu sahaja, koko ternyata juga mengandungi theobromine yang lebih baik berbanding flouride, mineral yang mencegah kerosakan pada gigi

Menurut penjelasan doktor gigi Giacomo Favero, theobromine mengurangkan asid dan melindungi gigi daripada bakteria jahat.

Selain dua manfaat tersebut, kandungan lain seperti tannins, polyphenols, dan flavonoid dalam coklat juga mampu mengatasi masalah pada gigi. Contohnya, polyphenols bertindak mencegah bau mulut dan jangkitan pada gusi.

Fakta lain menyebutkan bahawa kandungan protein, kalsium dan fosfat dari susu coklat dapat melindungi enamel gigi dan kandungan lemak dapat membersihkan mulut lebih cepat daripada gula-gula.

Namun, kita tetap perlu menjaga kesihatan gigi dengan cara selalu memberus gigi secara teratur untuk menjaga kebersihan mulut dan menghilangkan sisa yang dapat difermentasi dan membantu mencegah pembentukan lubang pada gigi.

Coklat bukanlah punca gigi berlubang, tetapi malas jaga kebersihan mulut lah punca gigi berlubang. Jangan lupa gosok gigi dengan ubat gigi mengandungi flouride sekurang-kurangnya dua minit dua kali dalam sehari. Tak salah makan coklat tapi jangan malas gosok gigi ok?

Kredit: https://aura.tabloidbintang.com/kesehatan/read/65677/waktu-yang-tepat-untuk-makan-cokelat-agar-terhindar-gigi-berlubang

 

 

 

 

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment