Bila isteri ‘kureng’ ke dapur, para suami boleh try cara ini!

Orang lama pernah berkata, nak tambat hati suami, tambat melalui masakan yang enak di rumah!

Tetapi bagaimana pula kalau si isteri kurang mahir di dapur? Mungkin ada suami yang ‘okay’ tetapi persoalannya sampai bila?

Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh suami ialah silalah ringankan tulang menolong.

Sokong jangan complaint sahaja!

Jika isteri tidak pandai memasak, jangan marah ataupun herdik dia tetapi hantarlah dia ke kelas memasak. Jika, setiap hari berlatih dan belajar, nanti pandailah isteri. Suami juga boleh belikan buku masakan untuk dibaca dan dicuba oleh isteri.

Suami kena tolong isteri di dapur.

Ini penting, takkan la anda ingin biarkan isteri bersendirian menyediakan juadah untuk anda. Isteri yang bekerjaya mungkin tiada masa untuk memasak jadi, si suami perlulah membantu isteri di dapur.

Fikirkan menu apa yang ingin dimasak. Bukan apa, secara tak langsung, dapat eratkan hubungan suami isteri.

https://foodal.com/knowledge/how-to/cooking-spouse-stengthens-relationships/

Rajin sediakan bahan-bahan.

Jika suami tahu resepi masakan yang isteri ingin masak, mungkin boleh sediakan bahan-bahan penyediaannya.

Mungkin suami boleh sediakan bahan-bahan basah dan kering jadi mudah untuk isteri menumisnya sahaja. Apabila anda rajin, perkara yang susah akan mudah.

Tonton rancangan memasak bersama.

Suami jangan hanya asyik tengok cerita sukan sepanjang hari, luangkan sedikit waktu menonton rancangan memasak bersama isteri.

Sekarang di TV, banyak saluran khas untuk program masakan yang disediakan, malah, program tersebut langsung tidak bosan.

Ada Astro AFC, Astro Food Network Channel dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, boleh juga tonton video di media sosial seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan sebagainya.

Mulakan menu yang mudah.

Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Yang penting adalah usaha untuk belajar sesuatu yang baharu. Mulakan dengan menu yang mudah dahulu.

Mungkin, anda boleh cuba goreng ayam, rebus telur, masak nasi, tumis sayur dan pelbagai lagi yang ringkas. Bila si suami dah ada effort nak membantu, jangan ada alasan malas ke dapur lagi ya?

Kredit: https://wanista.com/2020/159410/isteri-malas-masak-suami-boleh-bantu-dengan-cara-ini/

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment