Coklat baik untuk jantung asalkan…

Pembunuh dalam senyap, kanser dan serangan jantung!

Memetik laporan Utusan Online, serangan jantung meragut hampir sembilan juta orang tahun 2019.

Bagi mengawal angka ini, setiap daripada kita harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah atau mengesan sejak awal.

Kenapa terjadi serangan jantung?

Serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke otot jantung terlalu berkurangan atau dihalang sama sekali.

Apabila sebahagian daripada otot tidak menerima oksigen yang diperlukan untuk berfungsi, otot mula punah.

Serangan jantung boleh dikaitkan dengan atau mengakibatkan masalah kesihatan yang teruk seperti kegagalan jantung dan aritmia yang boleh membawa maut.

Apakah punca serangan jantung?

↪️ Kebanyakan serangan jantung berlaku kerana menghidapi penyakit jantung koronari.
↪️ Arteri yang membekalkan darah ke jantung (juga dipanggil arteri koronari) mungkin tersumbat dengan lemak, kolesterol atau bahan lain—himpunan bahan-bahan ini dipanggil plak.
↪️ Apabila plak terhimpun di dalam arteri, keadaan ini dipanggil aterosklerosis. Himpunan plak boleh berlaku selama bertahun-tahun.
↪️ Apabila sebahagian daripada plak pecah di dalam arteri, darah beku terbentuk pada permukaan plak. Bergantung pada saiz darah beku, aliran darah di dalam arteri boleh boleh menjadi separa tersumbat atau tersumbat sepenuhnya.

Apakah tanda dan simptomnya?

Simptomnya berbeza mengikut individu. Sesetengah orang akan mula berasa sakit atau tidak selesa, manakala sesetengah orang tidak mengalami sakit dada langsung.

Tanda dan simptom serangan jantung ialah:

↪️ Dada terasa tidak selesa – Dada mungkin terasa ketat, dihimpit atau sakit. Kesakitan ini boleh dirasa untuk beberapa minit.

↪️ Sakit dan tidak selesa di bahagian atas tubuh.

↪️ Tercungap-cungap.

↪️ Loya dan Muntah.

Pening kepala

Berpeluh sejuk

Apakah faktor risiko anda?
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan arteri tersumbat. Jika anda seorang lelaki dan mempunyai usia yang meningkat,anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Ahli keluarga yang mempunyai sejarah menghidap penyakit jantung juga boleh meningkatkan risiko anda. Faktor risiko lain ialah:
• Merokok
• Kolesterol tinggi
• Tekanan darah tinggi
• Tidak bersenam dan diet tidak sihat
• Diabetes
• Kegemukan

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda.

Coklat gelap memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku.
Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri).

Flavanol yang terdapat dalam coklat gelap bukan sahaja mampu melancarkan pengaliran darah, tetapi ianya juga dapat menjadikan platelet darah kurang melekit. Jadi, pengumpulan darah dapat dielakkan, dan ini juga dapat menghalang strok.

Tambahan pula, koko mempunyai bahan perangsang seperti kopi dan juga theobromine yang menjadi kunci utama sebab ianya boleh meningkatkan fungsi jantung dalam jangka masa yang singkat!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment