Anak asyik kunyah coklat, perlu runsing atau tidak?

Bila anak suka sangat makan coklat, perlu runsing atau tidak?

Asal menangis saja minta coklat, asal meragam saja minta coklat. Pantang ada coklat dalam peti ais, mesti ‘licin’!

Ramai ibu-bapa yang pening bila anak asyik minta coklat. Nanti dibilang gigi rosak lah, badan jadi besar lah, macam macam lah. Tapi betul ke coklat bahaya untuk kanak-kanak?

Sebelum capai coklat di rak pasaraya atau membelinya menerusi online, periksa label dahulu.

Perlu tahu, coklat merupakan makanan berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien penting yang diperlukan tubuh.

Coklat mengandungi ⤵️⤵️⤵️

↪️ 15% lemak
↪️ 6% protein
↪️ 17% karbohidrat
↪️ 15% tenaga
↪️ Vitamin & mineral

Coklat juga ada nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat yang bermaksud coklat amat baik dibawa bersama ketika melakukan aktiviti riadah.

Kesimpulannya, jangan lah dimarah anak anda bila asyik minta coklat. Makan dalam kuantiti sederhana tiada salahnya 😉

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment