Hidup bagai mimpi, betul-betul macam mimpi!

Hidup aku bagai mimpi
Betul-betul macam mimpi
Banyak sudah kulihat
Semuanya kuingat…

Teringat bait lagu ‘Mimpi’ oleh kumpulan K-Clique. Hidup memang macam mimpi!

Alhamdulillah masa ditunggu dah tiba. Akhirnya enam buah billboard Chocodap’s selamat berdiri di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban dan sekitar Lembah Klang.

Terasa bagai mimpi bila melihat depan mata produk sendiri berdiri di laluan ramai. Biasanya tengok dari jauh billboard produk orang lain, syukur kali ini berkesempatan tengok produk sendiri berdiri gah di lebuhraya.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Pelbagai suka duka kami lalui sepanjang tempoh berniaga coklat dan banyak jua air mata tumpah sebelum sampai ke tahap ini. Allahuakbar!

Untuk para ejen Chocodap’s di luar sana, ayuh mulakan ‘engine’ untuk kita memecut lebih laju pada tahun 2021 akan datang.

Let’s success makes the noice!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment