AWAS! Bahaya Microsleep

Pernah tak ketika sedang memandu tiba-tiba anda hilang fokus lalu terlelap?

Beberapa saat kemudian, anda tiba-tiba tersedar, kereta anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.

Apa itu ‘microsleep’❓

👉🏻 Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat.

👉🏻 Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

👉🏻 Ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

👉🏻 Ia berbahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.

Bagaimana nak cegah❓

🍫 Bila rasa mengantuk sangat, ambil masa berhenti & berehat di tempat yang selamat.

🍫 Berbual dengan penumpang anda. Jika boleh, elakkan memandu bersendirian jika anda memandu pada jarak jauh dan cuba berbual bersama penumpang anda.

🍫 Dapatkan minuman seperti kopi, untuk menghilangkan rasa mengantuk anda kerana ia dapat membantu anda untuk terus berjaga dan bertenaga.

🍫 Buka tingkap kereta. Salah satu sebab mengapa microsleep kerana kekurangan oksigen dalam badan. Oleh itu, cuba untuk menghirup udara segar terutama apabila anda memandu di dalam kawasan bandar.

🍫 Last but not least, kunyah coklat Chocodap’s biar mata lebih segar & bertenaga sepanjang perjalanan 🤩

Sumber: Sleep Basics: What Is Microsleep? | Sleep.org Learn More About Microsleep. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.sleep.org/articles/what-is-microsleep/

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment