‘Mula dengan 5 kg coklat akhirnya…’- Nurul Nadhirah menangis sebab Chocodap’s?

Berhenti kerja, tercari bisnes yang pulangannya cepat dan mujur saya…

Setiap individu yang nekad untuk melepaskan pekerjaan pasti akan berdepan dengan perasaan risau.

Jika sebelum ini, anda menerima pendapatan setiap bulan berbeza pula selepas bekerja sendiri.

Dengan peningkatan kos hidup saban hari, pasti anda terutama yang tinggal di bandar terfikir untuk mencari alternatif menjana pendapatan sampingan.

Bagi Nurul Nadhirah Abdul Jalal, keputusan untuk fokus dalam perniagaan coklat selepas meletak jawatan beberapa tahun lalu ternyata membuahkan hasil.

“Saya mencari bisnes yang boleh membuatkan saya terima pulangan dengan cepat.

“Pada awalnya, saya mendaftar sebagai ejen dengan permulaan 5 kilogram coklat sahaja,” kongsi wanita kelahiran Negeri Sembilan ini.

Tambahnya, hasil pendapatan diterima hari ini juga melebihi daripada apa yang diterimanya ketika masih mempunyai pendapatan tetap.

“Waktu kerja yang sama tetapi saya dapat lebih lagi. Kalau dulu saya rasa ‘sempit’ nak bayar sesuatu, sekarang tidak lagi.

“Bila nak balik kampung atau membeli sesuatu, tidak menjadi masalah lagi. Alhamdulillah,” ucapnya syukur.

Dalam masa sama, Nadhirah bersyukur dengan penglibatannya dalam bisnes Chocodap’s yang kini memasuki tahun ketiga.

“Terima kasih suami dan keluarga yang menjadi tulang kejayaan saya hari ini. Perasaan ini sangat luar biasa. Untuk yang tercari-cari bisnes dengan pulangan yang baik, Chocodap’s adalah pilihan terbaik,” akhirinya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment