‘Ubat’ nak cantik ada dalam coklat?

Coklat boleh membuat kulit wajah kamu lebih halus & menawan? Biar betul 😯

Bukan saja enak dikunyah, coklat ada manfaat untuk kulit juga antaranya elok untuk proses detox menyingkirkan bakteria yang ‘menempel’ pada wajah.

Banyak pusat kecantikan masa kini memilih mask yang diperbuat daripada coklat bagi tujuan menghidrasi kulit wajah. Selain itu, coklat juga memiliki nutrisi untuk proses regenerasi sel kulit. Kandungan vitamin A, B1, D & E serta magnesium bakal membuatkan kulit menawan daripada biasa.

Bukan itu saja, nak tahu tips awet muda? Kandungan antioksidan yang cukup tinggi dalam coklat akan menangkis radikal bebas yang membuatkan proses penuaan kulit bergerak perlahan.

Haaaa, banyak kan manfaat coklat sebenarnya? 😋

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment