Rai Diwali dengan keceriaan!

Sempena perayaan Deepavali esok, Chocodap’s ingin tampil berkongsi kemeriahan berganda bagi anda yang meraikannya.

Sebelum itu, kami kongsikan apa yang anda patut tahu mengenai perayaan Diwali!

Pesta Cahaya atau Deepavali disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia bagi meraikan kemenangan terhadap kejahatan serta bagi mensucikan diri mereka daripada kegelapan rohani.

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan terbabit.

Juadah enak sempena Deepavali.

Mana mungkin perayaan diraikan tanpa juadah istimewa, ye tak? Baru lah meriah suasana! Harus tahu, manisan sering menjadi hidangan pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan.

Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Oleh sebab itu juga, manisan yang lebih manis dan sedap merupakan makanan yang dialu-alukan.

Antara makanan yang dihidangkan pada pagi Deepavali termasuk sembilan jenis hidangan sayur-sayuran termasuk ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ campuran masala, tairu dan kari dal.

Untuk anda terutama yang menganut agama Hindu, kami di Chocodap’s mengucapkan Selamat Hari Deepavali. Semoga sambutan kali ini memberi harapan kepada hari depan yang lebih bermakna 🎇

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment