Selamat Hari Makan Sedunia!

Kalau semalam kita bercerita tentang Hari Coklat Sedunia, harini kita beralih ke sambutan Hari Makanan Sedunia.

Untuk rekod, Hari Makanan Sedunia disambut setiap 16 Oktober sejak tahun 1945 oleh Food and Agriculture Organization. Ia adalah salah satu badan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang bermatlamatkan kesedaran dan tindakan bagi mengatasi masalah kebuluran dan kesukaran mendapatkan sumber makanan.

Kenapa Hari Makanan Sedunia wajar diraikan❓

Sambutan Hari Makanan Sedunia ini diharap dapat menyedarkan semua betapa sebenarnya ramai lagi yang hidup dalam kesusahan dan kebuluran. Oleh itu, sentiasa bersyukur jika kita masih ada makanan untuk dijamah setiap hari.

Guys, jangan suka membazir makanan. Bila ambil di kedai, makan secara sederhana. Selamat menyambut Hari Makanan Sedunia!

P/S: Jangan lupa makan Chocodap’s harini & tag kami di IG/FB Chocodap’s ok❓ Love you guys 😍

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment