Musim Kahwin Dah Tiba, Nak Jimat Duit Hantaran?

Musim Kahwin Dah Tiba, Nak Jimat Duit Hantaran?

Berbicara mengenai bab perkahwinan, sudah tentu di dalam fikiran kita terbayang tentang segala persiapan yang bakal dirancang.

Semestinya salah satu adalah hantaran kerana ia mempunyai nilai yang istimewa.

Bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada pasangan tetapi juga dapat menambahkan lagi seri majlis tersebut.

Di sini dikongsikan lima hantaran yang tidak memerlukan bajet yang tinggi:

1. Kek

Rata-rata perkahwinan akan memilih satu dulang untuk diletakkan sebiji kek. Terpulang kepada pasangan untuk memilih jenis kek yang disukai.

2. Mas Kahwin

Haa ini memang tak boleh lupa wajib kena ada! Kalau tak ada, menangis tak berlagu ..

Ada pasangan memilih untuk memberi dalam bentuk wang ringgit, ada juga yang suka dengan perhiasan barang kemas.

3. Kasut

Tak kisah sama ada formal atau tidak, terpulang mana yang berkenan. Nak memudahkan untuk memilih, ajak sekali pasangan anda.

4. Set Minyak Wangi

Tak perlu habiskan duit untuk ‘terbang’ ke luar negara. Dekat Malaysia banyak juga pilihan tak pun minta tolong dengan personal shopper.

Yang penting bincang dulu sebelum beli. Tak semua pilihan wangian sama dengan pasangan.

5. Coklat

Ini antara manisan yang sering dijadikan pilihan. Bagi yang pening kepala dengan lambakan coklat, admin cadangkan beli Chocodap.

Harga pun murah, tak membazir!

Apapun, biarlah mengikut kemampuan diri sendiri. Jangan disebabkan ingin bermewah, hutang keliling pinggang!

Merana hidup nanti. Don’t worry, Chocodap’s kan ada 😉

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment