Juara Big Stage 2020, Tahniah Azzam Sham!

Tahniah buat bintang Big Stage 2020, Azzam Shah yang dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir malam tadi.

Menepati ramalan ramai, persembahan Azzam amat memukau dengan menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade.

Kemenangan Azzam sekaligus membuktikan bekas naib juara program nyanyian kanak-kanak Idola Kecil 2 2009 membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini.

Asalkan jangan berhenti berusaha dalam menggapai impian!

Buat peserta Usop dan Qody yang menduduki tempat kedua dan ketiga, tahniah atas kemenangan malam tadi. Kami di Chocodaps mendoakan kalian terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment