Jom Relakskan Minda Pergi Bercuti!

Bila hujung minggu je, pening fikir nak buat apa. Nak pergi bercuti luar negara memang tak boleh, why not luangkan masa bercuti di tempat peranginan di dalam negara sahaja.

Ada beberapa tips yang boleh anda aplikasikan di sepanjang percutian untuk jadikan ia satu pengalaman yang menggembirakan. Jom check it out!

1. Lebihkan ambil gambar pemandangan.

Tak salah nak selfie, tetapi alangkah ruginya jika kita tidak mengambil gambar pemandangan indah di tempat kita pergi sebagai kenang-kenangan. Nanti bila-bila boleh imbas balik memori bila tengok foto pemandangan itu kan.

2. Sentiasa simpan beg plastik dalam beg pakaian anda.

Walaupun hotel yang anda menginap ada sediakan laundry bag, tapi apa salahnya bawa beg plastik sendiri untuk simpan baju-baju kotor sebagai persediaan agar anda tidak mencampur adukkan baju bersih dengan baju yang dah dipakai.

3. Simpan duit kecemasan.

Pastikan anda sentiasa menyimpan duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi untuk keselamatan anda di waktu timpa masalah. Sekurang-kurangnya anda masih ada duit untuk digunakan sekiranya percutian anda diganggu perkara tidak elok seperti dirompak dan sebagainya (minta dielakkan).

4. Pergi bercuti luar di waktu cuti sekolah atau peak season.

Kebiasaannya, harga penginapan hotel lebih mahal daripada hari-hari biasa. Harga tiket penerbangan juga melambung tinggi. Tambah-tambah kalau booking last minute. Jadi, anda disarankan untuk mengambil cuti bukan pada waktu puncak agar anda dapat nikmati smooth sailing holiday.

Yang terakhir, jangan lupa bawa bersama snack Chocodap di sepanjang percutian anda. Selamat bercuti!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment