Putus Cinta? Coklat ‘Ubat’ Pujuk Hati Lara

Putus cinta memang amat menyakitkan, kadang-kadang susah untuk kita move on bila asyik teringat si dia yang telah meninggalkan kita.

Banyak cara sebenarnya boleh kita buat bagi mengubat hati yang lara, yang penting sekali anda mesti sayangkan diri anda dahulu sebelum sayangkan orang lain.

1. Makan comfort food

Setiap daripada kita pasti ada comfort food (makanan ringkas) kegemaran. Ada yang suka makan bubur, makan mi segera atau hirup sup. Ia mampu memberikan kebahagiaan kecil buat diri kita sekali gus buat kita lupa mengenai kesedihan akibat ditinggalkan bekas kekasih.

2. Masak untuk lepaskan kesedihan

Dengan memasak makanan kesukaan anda, ia boleh dijadikan sebagai terapi. Luahkan kesedihan dan kemarahan anda dengan masakan dan walla anda pasti akan suka dengan hasilnya nanti!

3. Bonding dengan kawan-kawan

Jangan pendam kesedihan anda berseorangan. Sebaliknya, ambil masa ini berjumpa dengan sahabat baik untuk meluah serta berkongsi masalah. Pasti anda akan berasa lega malah boleh bergelak ketawa seolah-olah tiada masalah yang berlaku dalam kamu.

4. Makan coklat!

Ini merupakan cara yang paling common dilakukan ramai orang jika melalui episod putus cinta lebih-lebih lagi di kalangan wanita. Coklat lebih-lebih lagi dark chocolate terbukti mengandungi serotonin yang mampu membangkitkan mood gembira dalam diri kita. Cubalah!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment