Kekal Jaga SOP, Kita Belum Menang!

Wabak Covid-19 nampaknya masih lagi aktif di beberapa negeri antaranya Kedah Darul Aman.

Jika anda ada keluarga dan rakan di sana, rajin-rajin bertanya khabar dan doakan kesejahteraan mereka di sana.

Sehingga kini, terdapat 226 kes kumulatif di Negeri Kedah dengan 59 kes masih lagi aktif dan mempunyai kebolehan menjangkiti.

Bermula dengan Kluster Sivagangga, wujud kes kes baru dari kluster Tawar, Kluster Telaga dan Kluster Sungai.

Setiap hari, petugas frontliner perlu bertungkus lumus mengambil RIBUAN sampel untuk mengesan kes jangkitan Covid . Lebih memilukan, ada juga petugas kesihatan yang dijangkiti dan ramai yang perlu di kuarantin.

Masyarakat juga terpaksa berjuang untuk kembali – duduk di rumah untuk mengurangkan pergerakan masyarakat disamping memberi peluang untuk petugas kesihatan melakukan pengesanan kes dan aktiviti kawalan.

PKPD telah terbukti berjaya memberi kesan positif bagi mengekang penularan wabak di Kluster Sivagangga dan Kluster Tawar .

Terkini, Kerajaan negeri Kedah akan mengemukakan cadangan pelaksanaan PKPD Secara di kawasan bagi Kluster Sungai dan Telaga.

Semoga gelombang ini dapat dihentikan dan terkawal dan negeri Kedah kembali aman.

Amalkan disiplin kendiri di tempat kerja. Elak aktiviti berkumpulan, amal penjarakan fizikal & pakai pelitup muka dan mandi sejurus pulang ke rumah. Doakan rakan-rakan kita di Kedah!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment