Raisin Ruby Taruhan Baru Chocodap’s!

Buat penggemar kismis dan coklat, ini berita baik untuk anda! Chocodap’s tampil dengan variasi pilihan coklat kismis Raisin Ruby bagi memberikan anda kenikmatan coklat yang tidak terperi.

Sedia maklum, amalan pemakanan kismis adalah sangat baik untuk kesihatan selain kandungan nutrisi yang terdapat dalam bahan tersebut.

Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin yang baik untuk tubuh badan kita, antaranya,

  1. Magnesium yang mana ia baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
  2. Kalsium dan fosforus bagi membina tulang dan gigi yang baik.
  3. Zat besi membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
  4. Kalium bagi mengoptimumkan kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
  5. Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
  6. Vitamin B6 bagi mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
  7. Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
  8. Folat bagi membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
  9. Riboflavin membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

Banyakkan manfaat kismis kalau kita amalkan, lebih-lebih lagi dicampur dengan coklat…nyum nyum…

Satu lagi kelebihan makan kismis ialah ia sangat baik untuk kecerdasan minda kita. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Ha apa lagi jom kita cuba Chocodap’s Raisin Ruby hari ini!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment