Merdeka… Dengan Coklat!

Tetap meriah & simbolik meskipun negara masih berdepan ancaman wabak Covid-19, Hari Kebangsaan 2020 dirai dalam keadaan sederhana tahun ini.

Biarpun tiada perarakan daripada badan beruniform serta agensi kerajaan seperti sebelum bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ia tetap boleh diikuti oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.

fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Atas semangat patriotisme, marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan dengan norma baharu walau di mana sahaja kita berada tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Hargailah perjuangan pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.

Apa yang menarik, kita juga dapat menyaksikan ‘perarakan’ rakyat Malaysia menerusi media sosial memeriahkan sambutan dalam normal baharu.

Walaupun tiada perarakan bagi sambutan Hari Kebangsaan 2020, namun sambutan tahun ini dimeriahkan dengan perkongsian foto-foto ekspresi kemerdekaan oleh rakyat Malaysia di media sosial melalui #momentnegaraku.

Pekerja stesen minyak, Alif Yazid memasang bendera di tiang bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan. Foto Nur Adibah Ahmad Izham (Dari MyMetro)

Mari hayati erti nilai kemerdekaan sebenar. Jom kongsikan idea sambutan daripada anda pulak! Yang penting, jangan lupa bawa Chocodap’s dalam bag korang harini ok? Selamat Hari Kemerdekaan dari kami di Chocodap’s 😁

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment