Eh, asyik makan coklat je…tak takut sakit ke nanti??! 🤔

Jarang-jarang kita dengar orang yang tak gemarkan coklat. Betul tak?Buktinya, ke mana je kita pergi coklat selalu ada ‘demand’ yang tinggi. Tak percaya? Tengok je dekat majlis hari jadi kanak-kanak, majlis perkahwinan, kejutan untuk yang tersayang…semuanya mesti tersedia coklat di atas meja.

Itulah hebatnya ‘penangan’ coklat dalam kehidupan masyarakat sejak dulu lagi. Tapi ramai juga yang menganggap makan coklat ni tak baik untuk kesihatan. Ye ke? Jom kami kongsikan kebaikan pengambilan coklat gelap atau Dark Choc untuk kesihatan! Yang penting ambil dalam kuantiti sederhana, jangan berlebihan pula ya…

1) Mencegah penyakit, coklat baik untuk kesihatan

Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh. Flavonoid yang terkandung dalam biji koko mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kolesterol LDL (iaitu, kolesterol jahat) hingga 10 peratus.

2) Meningkatkan mood anda

Rasa sedih, takda mood? Nah…kunyah coklat dan anda pasti dapat lihat perubahannya. Coklat gelap merangsang pengeluaran endorfin, bahan kimia di dalam otak yang membawa pada perasaan senang. Ia juga mengandungi bahan kimia serotonin, yang bertindak sebagai anti-depressant (anti-tekanan).

3) Coklat gelap tidak mengandungi terlalu banyak kalori tetapi dinasihatkan agar anda tidak ambil lebih daripada 3 auns coklat gelap setiap hari.

Nak nikmati kelazatan coklat sambil buat untung? Jom JOIN Chocodap’s hari ini!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment